Khamis, 29 Disember 2011

Kiranya tiada CINTA...apalah makna hidup ini tanpa cinta dari Illahi

Hidup ini tidak seindah yang disangka-sangka oleh kita.Orang yang selalu menerima dugaan adalah  orang yang imannya sangat kuat dan mampu menempuhi semua dugaan itu.Oleh itu,‎Hidup kita ini tidak usahlah berfoya-foya, berseronok-seronok...tahu knp sy ckp mcm nih?Kerana Allah beri kita hidup ini bukan saja-saja tetapi Allah beri hidup ini untuk bertawakal pada Allah, kalau ada buat dosa kecil atau dosa besar, bartaubatlah sebelum kita menemui ajal.Walaupun dosa kecil, tetapi kita WAJIB bertaubat pada Allah kerana dosa kecil inilah yg boleh menjadi besar dan akhirnya membawa kita ke tempat yg seburuk-buruk tempat iaitu neraka. ^_^

Ahad, 25 Disember 2011

Siapalah Saya Di Hati Awak

pesanan pak cik.=)



Assalamualaikum.Alhamdulillah.syukran lillah. bersyukur kepada Allah kerana saat ini, detik ini, Allah masih berikan oksigen buat kita untuk bernafas dan menjalani hidup. Masih diberikan nikmat Islam dan Iman untuk terus menjalankan tanggungjawab sebagai hambaNya. bersyukurlah kerana telah berjaya menjalani ibadah puasa dan ibadah lain-lainnya dalam bulan Ramadhan yang mulia. semoga kita semua diberikan kesempatan untuk bertemu lagi pada bulan Ramadhan akan datang. syawal yang tiba, usah dilupakan Ramadhan yang berlalu. sebaliknya, roh Ramadhan perlu sentiasa hidup dalam diri. jgn pulak ea time bulan Ramadhan, pulun baca al-Quran sampai khatam sebab adat. habis Ramadhan, al-Quran terus simpan dalam laci. na'uzubillah. jgn pulak time Ramadhan subuh berjemaah di masjid, lepas Ramadhan, subuh entah ke mana, dah jadi subuh dinasour.kan?
I just wanna share with everyone about this story. seorang shbt yg send emel ni. tidak diketahui siapa hamba Allah yg berkenaan tapi beginilah kisahnya...=)

" Baru-baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pakcik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pakcik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pakcik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik. 

Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini, katanya, surah tauhid.

Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah Al-Kafirun, kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pakcik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.

Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pakcik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku'.

Betul juga, fikir saya. Kemudian, pakcik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda. Minda, kata pakcik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati

Hati ialah iman, kata pakcik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pakcik.

Ketiga, kuat fizikal

Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pakcik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.

Habis saja pakcik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setibanya di surau tersebut.

Terima kasih kepada pakcik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan." -the end-
                       

p/s: untuk menjadi hamba Allah yg berjaya, selalulah baca dan berpegang dgn al-Qulran + ajarkannya kpd yg lain.=)


Dead Island Gameplay (PC HD)

Love Story - Fearless - Taylor Swift (with lyrics)[HQ]

i dont know

Ada seorang guru tadika yg tidak percaya wujudnya tuhan dan dia pun mencari jalan untuk brain wash kanak-kanak di tadika tersebut supaya tidak percaya kewujudan tuhan. Dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen ni?
Anak-anak : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Anak-anak : Ada cikgu!

Kemudian guru tadika tadi memasukkn pen itu dalam poket dia, kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak2,nampak tak pen?
Anak-anak : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Anak-anak : takde cikgu!
Guru tadika: Anak2 nampak tuhan tak?
Anak-anak : tak nampk cikgu.
Guru tadika : tuhan ada tak?
Anak-anak : takder cikgu!

Guru tadika tadi sangat gembira sebab tujuan dia untuk brainwash otak budak-budak tu berjaya.Tetapi dalam ramai-ramai budak itu ada seorang pelajar yang pintar, dan dia minta pun mengangkat tangan...

Bdk A : Cikgu boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Bdk A : kawan2 nampk cikgu tak?
Kwn2 : nampak.
Bdk A : cikgu ada kan?
Kwn2 : ada.
Bdk A : kawan2 nampak otak cikgu tak?
Kwn2 : tak nampak.
Bdk A: cikgu ader otak tak?
Kwn2 : tak ader!


Kesimpulan yang terdapat di petikan atas adalah apabila kita hendak membuat sesuatu kita hendaklah menilai sesuatu perkara yang lain dan berfikir dulu sebelum bertindak sesuatu perkara